Thursday, November 6, 2008

Renungan Untuk Lelaki dan Perempuan

Kisah benar utk dijadikan renungan

Cerita ini saya dapat dari seorang kawan (lebih kurang 5-6 thn lepas), sama2lah kita renung dan jadikan teladan terutamaa bg lelaki, tak lupa juga untuk kaum perempuan. Tak salah kalau bermadu tp kena tahu hak bermadu. Kalau kita lihat dari cerita ni, 2nd wife tak bt apa2 utk 1st wife. Di pun pada saya termasuk manusia kejam gak..kalau betulah dia mcm tu.

Setiap yg Allah s.w.t kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak adalah utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila merasakan ia dah tak berguna…..

Ini cerita pasal rakan baik saya (org yg bercerita dgn saya).

Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student IPTA..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wifenya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....huhu...

Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejam saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

Masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...Saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah.....biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

Kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin.. mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

Saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah...saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2 pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap..."kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai
mampus...jgn lawan cakap papa..." Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki.

Saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada>> jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama2
ngan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu...

Maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan saya tu. Aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.

Apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital...sebelum aruah pergi kehospital...dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergi

Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya...

Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.

Masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.

Masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital...aruah masih dalam bilik rawatan....abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergi dengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya. Saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan
kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utk pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. Satu malam saya dan abg aruah tidak tidur.

Dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan. Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

Masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt2 saya. Saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakan saya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. Setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

Masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya. Suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama...mama...dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan...senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar
Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...

Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan..bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 )

Setiap perbuatan akan ada balasan, kita perlu tahu dan ingat, kita di hidupkan didunia ini atas sebab apa...

Edited Edition

3 comments:

Unknown said...

sabar dan redha,itu kuncinya. bila abang sulong aku 'balik', aku pun sedih gila jugakkan. setahun selepas tu abah lak menyusul, lepas tu emak pulak.

simpan dalam hati kita kenangan, pesan yang baik drpd mereka yang dah balik kita jadikan pegangan,

tak ada apa, sebenarnya tu diorang tu dapat kehidupan yang lebih baik kat sana,insyaallah, jangan bimbang,yang perlu kita bimbang kita ni bila nak balik apa yang nak dibawak balik, macamana nak balik,

pada hemat aku, itulah rindu yang sebenar-benar rindu, kalau ada gambar itulah jadi kenangan. kalau ada pesanan itulah jadi pegangan.

apa yang kita miliki hanya sementara saja wahai kawan,diberi allah masa untuk menyayangi,mencintai,rasa tanggungjawab dan hakikatnya semua yang kita miliki adalah milik yang menciptakan kita.

pada aku ujian allah kepada hamba je tu...tengok kita mcmana semakin menyetan ataupun balik semula kepangkal jalan, iktibar bagi kita bro. sudah2lah jadi setan, menyusahkan hidup kat sini dgn kat sana je.

nahmy said...

sedih dan menyayatkan..sama-samalah kita panjatkan doa agar anak-anak yg ditinggalkan menjadi anak soleh & solehah dan semoga roh yg pergi tenang bersama rahmatNya.

bain said...

nahmy terima kasih untuk lawatan mu.