Sunday, August 9, 2009

Rebus buat sup bagi kat **** jer!!

Awal pagi semalam saya di kejutkan oleh satu panggilan telefon dari seseorang kawan yg dah hampir setahun tidak menghubungi saya, pada mulanya perbualan hanya berkisar kepada kehidupan masing2 sekarang,

setelah hampir 15 minit berbual dia ada menceritakan akan awek yg kami dok kata2 kan dulu lah,

A: "bain ko ingat lg tak ****?
B: ...heh! mana aku tak ingat minah ni, bla..bla..
A: ko nak tau baru2 ni aku dengar minah ni kena minor stroke....
B: hah!..minor stroke! mcm mana dia boleh kena tu...., dia kan baru 32 tahun
A: tulah yg aku myuskil.....korek punya korek baru aku tahu...dia tu makan hati ulam jantung dengan husband dia sekarang, kalau setakat marah hari2 rasa ik kot tapi ni dah sampai naik tangan mcm mana?
B: ko jgn buat cerita ***, suami dia tu aku kenal per....setahu aku dia ok..
A: ala masa bercinta mmg semua ok

di pendekan cerita...masa minah ni mula kena stroke menangis2 suami minah ni, minta ampun kat minah ni...tp bila minah ni dah baik sikit, boleh dia kata tulah tak taat pada suami tu yg tuhan balas tu...saya yg mendengar ni menyirap darah saya....dahlah minah ni tak melawan pun atas segala perbuatan suami keatasnya, boleh si suami kata mcm tu kat isteri dia!!!!

mengikut officemate minah ni, diaorg dah suruh lapor ke pihak yg berkenaan tp minah ni boleh kata, dia tak nak derhaka pada suami, syurga kat tapak kaki suami......kalau dah isteri mcm ni dia kata tak taat pada suami!!!!.....officemate dia kata kat kwn saya minah ni mmg jenis taat pada suami..tp suami dia.....(saya tak nak ceritakan kat sini, tak pasal2 menggigil saya menahan marah, hampeh!!!!! sungguh)

Hukumnya saya kata kat kawan saya

Rebus je mamat tu buat sup bagi kat ****, itu pun nasib kalau minatang tu nak makan, entah2 minatang tu pun jijik

2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ish ish ish.... kasihan sungguh wanita itu.. sabar je la ya.

Mungkin jugak dia memikirkan nasib anak-anaknya, tu yg dia menjadi setaat itu. Wallahualam.

Kita diduga kerana Allah sayangkan kita - sematkan ini di dalam hati, mudah-mudahan hati menjadi tenang.

bain said...

iyelah....tak dikata beriman seseorang itu kalau tak de dugaan..makin diduga makin beriman..makin kuat kepercayaannya...insyaAllah, ada ganjaran menanti...

pengajaran buatku jua, agar tak berperangai begitu..insyaAllah...Amin...