Sunday, July 19, 2009

Sama tapi tak serupa

Ini adalah hasil kajian seseorang, yg saya adaptasi kan utk menjadi cerita dongeng iaitu cerita benar yg di tokok tambah..

Berhati2 lah bila nak menjawab atau membalas kata....

1. Kalau perempuan tanya:
Lawanye budak pompuan tu.....atau lawa ke budak perempuan tu ?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya:
You dah makan ke belum? / eh ari tu kan kawan i makan kat situ makanan dia sedap2 tau...
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata:
Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Tak faham bahasa ke! Belikanlah untuk I!!!!!.

4. Kalau perempuan kata:
Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata:
I suka berkawan dengan U tapi tak lebih dari itu...
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

hati2 perkataan hampir sama tapi maksud tak sama!!!

7.Kalau perempuan kata:
I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya:
You pernah tak teringatkan awek2 you yang dulu2?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata:
I sanggup berkorban demi kebahagiaan you berdua.....huk..huk..huk..
Makna tersembunyi: Amboi! Apa hal plak aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq seronok aku yg merana!!!!!

10.Kalau perempuan kata:
I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. Wakakakakaka....hati2 nanti ada yg follow.....

Adussss.........

3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tidak 100% tepat.. I believe everyone has the right to say their own opinion... but izinkn I yg wanita ini memberikan pendpt ya tuan2..

Klu I la..I lapar I cakap je..

"Yang I lapar ni..jom la kita makan je kat sini"

Kalau dia minta u puji wanita lain.. u pura-pura je tak nampak... cakap je..

"eh yg mana satu ya? Ah biasa je lah, kat shopping complex bersepah la muka macam tu" he he he.

Kalau nak mintak puji baju yang pompuan lain pakai...

"It's nice.. but it would be really good on you".. kasik dia perasan sikit..

Tapi letih juga ya kalau berhadapan dgn lelaki jenis "salah tafsir" mcm ni.. sbb I punya cara mmg apa yg I cakap adalah apa yg I maksud.

Cuba u fikirkan apakah pula yg dimaksud oleh pompuan ni...

1)"Yang.. adik I dah bertunang la Yang.."
2)"Yang..next month umur I dah meningkat 25thn la.."
3)"Housemate I tu next week nak kawin Yang"
4)"Yang, Mak I kata.. kat kampung ada org datang merisik la.."
5"I dah penat kerja la Yang.. I ingat kalau I kawin.. ada anak.. I nak berhenti la"

OK.. what's yr next action klu awek you ckp mcm ni? Imagine la masa tu umur u all baru je 25thn masa tu... not now ya.. Kata tadi cerita dongeng..

bain said...

itu atas pendapat yang bias....

jawapan
1- Adik you dah bertunang?
Bestlah awak dpt ole2 utk
langkah bendul, mintak kat dia
RM lebih sikit boleh kita
kongsikan..
2- Umur you dah nak 25? U 25 i pun
25..muda lg kan kita ni....
3- Housemate u nak kawin next week?
so nak bagi hadiah apa ye?
4- Ala baru merisik, u kata kat
mak u yg u tak bersedia lg nak
kawin, habis cerita
5- U nak berhenti kerja?
Alhamdulilah...kalau i kawin lg
satu bolehlah u jaga anak2 tiri
u kan...kan...kan...
APA YG PENTING KERJASAMA....

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ha ha ha (ulang 100x ya sbb dah terbahak2 ni).... amboi terukknya jawapan... U ni jenis lelaki tak berperikemanusiaan klu bagi jawapan mcm tu. Org dah bagi signal pun tak reti2 lagi?? Patut kalau ada awek yang buat soalan2 mcm yg I sebut tadi.. your answer should be like this...

"Sabar la Yang... I tengah nak kumpul duit ni.. Nanti bulan depan mak I datang lamar u ya.."