Thursday, August 27, 2009

No Title

Dear son , dear daughter...

The day you find that I have become very old , try to have some patience with me and try to understand me.

If I get dirty while eating …
If I have some difficulty dressing… be patient! Remember the hours that I spent teaching you these things when you were small.

If I repeat the same thing dozens of time, do not interrupt me!
Listen to me!

When you were small, you kept asking me to read you the same story, evening after evening, until you fell asleep. And I did it happily !

If I do not wash myself so often under the shower, do not reprimand and do not tell me that it is a shame.
Remember how many excuses I had to invent to make you take a bath when you were small.

By seeing my ignorance of new technologies, do not laugh at me but give me time to understand

I taught you so many things …. to eat well …to dress well… to behave well… how to confront the problems of the life …

If I sometimes lose memory or am not able to follow a conversation, give me the necessary time to recollect and if I do not get there, do not become a nervous and arrogant person because the most important thing for me,… is to be with you and to be able to speak to you.

If I refuse to eat, do not force me !
I know very well when I am hungry and when I am not hungry. .

When my poor legs will not allow me to move as before ……Help me in the same way as when I held your hands to teach you take your first steps.

Try to understand that at certain age, we do not really live any more. We simply survive!

One day, you will understand that in spite of all my errors, I always wanted what was best for you.
You do not have to feel sad, unfortunate or incompetent in front of my old age and of my state.You have to stay near me, try to understand what I live for.

Help me walk, help me to end my life with love and patience. The only thing that I need from you is a smile and a lot of love.

I love you …my son, my daughter!

Your Dad, your Mum

Rasullulah S.W.T ada bersabda bahawa baginda hanya mengutuk 3 jenis orang yg salah satunya ialah mereka yang tidak menjaga orangtua mereka semasa mereka tua

Note: di kirim oleh seseorang melalui email

Tuesday, August 25, 2009

Friday, August 21, 2009

Rumah Pusaka

Pada suatu pagi saya menerima SMS yg lebihkurang begini "pegilah pekanmedan.blogspot.com". Dalam hati tertanya2 siapakah gerangannya si penghantar SMS ini. Untuk memuaskan hati ku menelefon si penghantar SMS ini,.......hoho.....doyok rupanya......dia kata ramai budak2 dah park kat situ, aku yg teruja cepat2 settle kan kerja luar, blk office terus mengadap PC, emmmm....OC.....nama yg aku tak berapa dpt meneka siapakah gerangan si pemunya nama itu.... bila dia bg clue...emmmm...org yg aku pernah kutuk dulu...hehehehe...(dah minta maaf kan OC)...OC - Orang Cun, padan dgn tuan punya badan....

Dari tu bermulalah episod chating sampai kalau tak chat satu hari rasa mcm nak demam, iyelah rasa jd muda kembali...mcm jd zaman persekolahan blk pulak,

Rentetan dari peristiwa itu maka di adakan beberapa pertemuan....walaupun tak seberapa tapi sungguh bererti,

Kalau dihitung2 dah setahun keadaan ini berlarutan dari nama sebenar hingga ke nama samaran yg entah berapa kali bertukar, OC, bokde, gedik, syurga, MM...sar..., comei..comei@klcc, doyok, tok, tok nak kawin...tok@sedayong, cikli, BB masih maintain...kdg2 jer....

ramadhan bertemu ramadhan dan aidilfitri akan bertemu aidilfitri sekali lg....harap akan berkekalan re-persahabatan ini walau dimanapun bertemu dia rumah comei, rumah MM...namun jgn dilupakan rumah yg pernah menemukan kita semula setalah hampir 19 tahun tidah mengetahui kabar berita,...walaupun agak usang tapi inilah rumah pusaka...... rumah yg 'membesarkan' persahabatan dan 'mendewasakan' persahabatan

Sunday, August 9, 2009

Rebus buat sup bagi kat **** jer!!

Awal pagi semalam saya di kejutkan oleh satu panggilan telefon dari seseorang kawan yg dah hampir setahun tidak menghubungi saya, pada mulanya perbualan hanya berkisar kepada kehidupan masing2 sekarang,

setelah hampir 15 minit berbual dia ada menceritakan akan awek yg kami dok kata2 kan dulu lah,

A: "bain ko ingat lg tak ****?
B: ...heh! mana aku tak ingat minah ni, bla..bla..
A: ko nak tau baru2 ni aku dengar minah ni kena minor stroke....
B: hah!..minor stroke! mcm mana dia boleh kena tu...., dia kan baru 32 tahun
A: tulah yg aku myuskil.....korek punya korek baru aku tahu...dia tu makan hati ulam jantung dengan husband dia sekarang, kalau setakat marah hari2 rasa ik kot tapi ni dah sampai naik tangan mcm mana?
B: ko jgn buat cerita ***, suami dia tu aku kenal per....setahu aku dia ok..
A: ala masa bercinta mmg semua ok

di pendekan cerita...masa minah ni mula kena stroke menangis2 suami minah ni, minta ampun kat minah ni...tp bila minah ni dah baik sikit, boleh dia kata tulah tak taat pada suami tu yg tuhan balas tu...saya yg mendengar ni menyirap darah saya....dahlah minah ni tak melawan pun atas segala perbuatan suami keatasnya, boleh si suami kata mcm tu kat isteri dia!!!!

mengikut officemate minah ni, diaorg dah suruh lapor ke pihak yg berkenaan tp minah ni boleh kata, dia tak nak derhaka pada suami, syurga kat tapak kaki suami......kalau dah isteri mcm ni dia kata tak taat pada suami!!!!.....officemate dia kata kat kwn saya minah ni mmg jenis taat pada suami..tp suami dia.....(saya tak nak ceritakan kat sini, tak pasal2 menggigil saya menahan marah, hampeh!!!!! sungguh)

Hukumnya saya kata kat kawan saya

Rebus je mamat tu buat sup bagi kat ****, itu pun nasib kalau minatang tu nak makan, entah2 minatang tu pun jijik

Thursday, August 6, 2009

Tazkirah Jumaat 7 Aug 2009

WANITA, TABIAT YANG MEMBAWA KE NERAKA

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:-

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:-

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

" Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:-

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:-

Contoh 1 Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi , 'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:-
a. Sabda Rasulullah SAW:- "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b Sabda Rasulullah SAW:- "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.

Sedekah juga termasuk:-
1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi:- "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

p/s: Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan.

Note: Di olah dari salah satu website

Monday, August 3, 2009

..................

Kisah ni saya dapat masa saya tengah mendengar khutbah jumaat lepas. Bukan nak mengata tapi mengumpat je....

Bila kita masuk masjid pd hari Jumaat kebiasaannya akan berlakulah sorong, tarik dan pegang. bila ada orang sorong akan ada orang tarik dan pegang,...tp bila ada orang sorong ada pulak orang tolong sambung sorong.....lantaklah itu mereka punya hal kan...

tapi yang menarik perhatian saya ialah yang tukang tarik dari orang yg menyorong lalu mereka memegangnye....bermacam gelagat yg dpt saya lihat, ada yg nak menunjuk apa yg mereka buat, ada yg nak menyorokkan apa yg mereka tgh buat.

Bila difikir2kan.., kenapa agaknye mereka berkelakuan begitu yer...senang je perbuatan tu...ada lubang kecil, jolok atau sorong je benda yg nak di masukkan tu,...dah masuk habis cerita, tak usah di kenang2kan...buat benda tu seikhlas hati, insyaAllah akan ada balasannya....

Kalau lah benda tu kita boleh panggil RM1, RM5, RM10 dan RM50 dan mereka boleh berkata2 apalah agaknye yg mereka bualkan atau katakan tentang tuan mereka terdahulu.....

Tepuk dada tanya iman