Alhamdulilah, walaupun diriku tak dapat menghadirkan diri pada perjumpaan yang telah di rancang sejak dari tahun lepas, tapi aku berasa seolah-olah aku berada di situ juga cuma jasad ku saja yang tak sampai tetapi hatiku berada di tempat pertemuan.
Sewaktu ku menalipon Cikli dan poyo sempat gak saya berbual-bual dengan OC, cuma rasidah kata dia segan. Dalam masa perbualan tu saya seolah-olah berada pada tahun 86, 87, 88, 89 dan semestinya 1990 tahun kegemilangan zaman persekolahan. Dari nada perbualan mereka saya dapat rasakan meraka menjadi muda belia kembali, cuma bernasib baik mereka membawa anak dan isteri mereka...kalau tak entah2 tak ingat kot dah ada anak isteri.
Saya rasa amat gembira kerana dari pertemuan itu mereka merancang untuk mengadakan pertemuan sekali lagi (dengar2 nya nak buat GRAND gitu).
Harap2 silaturahim ni tidak akan terputus sampai ke akhir hayat. Saya membayangkan alangkah baiknya kalau kita boleh menubuhkan satu yayasan khas untuk kebajikan ahli2 nya dari pioneer ke keturunan mereka, contohnya kebajikan kalau ada kemalangan, anak melanjutkan pelajaran dan sebagainya lah. nampak macam mustahil tapi kalau di usahakan insyaALLAH berjaya. Dalam group kita ni, masing2 ada kepakaran mereka sendiri dari setiausaha, peniaga, ahli perniagaan, kontraktor, pakar IT, pengurus (harap pengemuk tak de) dan mcm2 lagi lah. rasa kalau nak dapat funder tak de masaalah kan...
YAYASAN SERI MEDAN......Mimpi akan jadi kenyataan
p/s: Kawan saya Ir Mahinder Singh telah menubuhkan yayasan untuk kebajikan anak2 ahli. Mereka telah berjaya menaja seramai 10 anak2 untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah. Usia yayasan baru setahun jagung.
Tuesday, March 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment