Thursday, July 30, 2009

TAZKIRAH JUMAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang me reka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalamsemua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Sunday, July 19, 2009

Sama tapi tak serupa

Ini adalah hasil kajian seseorang, yg saya adaptasi kan utk menjadi cerita dongeng iaitu cerita benar yg di tokok tambah..

Berhati2 lah bila nak menjawab atau membalas kata....

1. Kalau perempuan tanya:
Lawanye budak pompuan tu.....atau lawa ke budak perempuan tu ?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya:
You dah makan ke belum? / eh ari tu kan kawan i makan kat situ makanan dia sedap2 tau...
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata:
Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Tak faham bahasa ke! Belikanlah untuk I!!!!!.

4. Kalau perempuan kata:
Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata:
I suka berkawan dengan U tapi tak lebih dari itu...
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

hati2 perkataan hampir sama tapi maksud tak sama!!!

7.Kalau perempuan kata:
I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya:
You pernah tak teringatkan awek2 you yang dulu2?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata:
I sanggup berkorban demi kebahagiaan you berdua.....huk..huk..huk..
Makna tersembunyi: Amboi! Apa hal plak aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq seronok aku yg merana!!!!!

10.Kalau perempuan kata:
I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. Wakakakakaka....hati2 nanti ada yg follow.....

Adussss.........

Tuesday, July 7, 2009

Kisah kesusahan yg benar

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss... .

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah.
Ramli berkahwin dengan Ramlah danJamilah adalah anak tiri Ramli.
Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya.
Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.

selang beberapa bulan kemudian.,......

Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul.
Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli.
Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah.
Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah.
Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya.

Itu tak seberapa lagi....

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee.
Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee.
Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli,
Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...

muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindirik naik fening menterjemahkan semua nih..bengang sehhh... !!

moral: bukanya susah nak jadi senang dan bukanya susah nak jd susah. Tepuk dada tanya akal