Thursday, November 19, 2009

Apa kemampuan kita?

Kredit DrInspirasi, cerita yg lebihkurang saya dah dengar dari Prof. Ir Sahul masa saya di salah sebuah IPTA dahulu.

Kutu?...adakah dia sama dengan kita atau kita sama dengan dia...baca dulu cerita ni....

Ambil seekor atau beberapa ekor kutu, letakkannya dalam sebuah bikar. Perhatikan...pada permulaannya kutu itu dengan senangnya boleh melompat keluar,...dengan gaya dan kekuatan lompatannya. Jadi untuk mengelakkan kutu itu melompat keluar, letakkan penahan di atas bikar itu supaya kutu itu tidak dapat melompat keluar.

Kutu itu akan melompat juga tetapi akan terkena pada penahan tersebut, kutu itu akan mencuba beberapa kali seolah-olah tidak berputus asa....tetapi setelah beberapa kali kutu itu akan mengurangkan ketinggian lompatannya. Menariknya, anda boleh mengeluarkan penahan atas bikar tu dan kutu itu tak akan melombat keluar,...sebab apa?, sebab kutu itu sudah membataskan ketinggian lompatan mereka. Kalau nak di ikutka kutu itu ada potensi untuk melompat keluar..potensi yg besar.

Terjadi pada manusia...pd mulanya mereka mempunyai impian yg besar utk digapai, ingin memiliki rumah yg besar, rumah berswiming pool, kereta besar dan mahal..mempunyai keluarga yg bahagia, isteri yg solehah suami yg mithali n hensem seperti saya...hehehehe...dushhh!..dushh!...

Tapi......disebabkan 'halangan', akhirnya mereka berputus asa. Kegagalan demi kegagalan yg mereka hadapi menyebabkan mereka berputus asa dengan bayangan halangan ciptaan mereka. Padahal asalnya mereka mempunyai potensi besar untuk menjadi orang yang hebat!!!

Takkan kita nak jadi macam kutu tu jadi kutu belahak lah kita...nak membuat kesimpulan macam kutu , memprogramkan mindanya bahawa potensinya hanya setakat itu sahaja...adoiii..yai....

Teringat kata Prof. Ir Shahul " minda/akal/fikiran manusia tiada batasannya hanya kita sahaja yg membatasinya"

Tepuk dada tanya...??????

Setkan minda utk HKL-40!!!!!

Friday, November 13, 2009

......................................

hem...........................................

Thursday, November 5, 2009

Tazkirah Jumaat

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha utk mendapatkannya:-
1:Wajah yang cantik

2: Duit yang banyak

3:Kesihatan yang baik

4:Anak2 yg cerdik dan berjaya

5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.