Thursday, November 19, 2009

Apa kemampuan kita?

Kredit DrInspirasi, cerita yg lebihkurang saya dah dengar dari Prof. Ir Sahul masa saya di salah sebuah IPTA dahulu.

Kutu?...adakah dia sama dengan kita atau kita sama dengan dia...baca dulu cerita ni....

Ambil seekor atau beberapa ekor kutu, letakkannya dalam sebuah bikar. Perhatikan...pada permulaannya kutu itu dengan senangnya boleh melompat keluar,...dengan gaya dan kekuatan lompatannya. Jadi untuk mengelakkan kutu itu melompat keluar, letakkan penahan di atas bikar itu supaya kutu itu tidak dapat melompat keluar.

Kutu itu akan melompat juga tetapi akan terkena pada penahan tersebut, kutu itu akan mencuba beberapa kali seolah-olah tidak berputus asa....tetapi setelah beberapa kali kutu itu akan mengurangkan ketinggian lompatannya. Menariknya, anda boleh mengeluarkan penahan atas bikar tu dan kutu itu tak akan melombat keluar,...sebab apa?, sebab kutu itu sudah membataskan ketinggian lompatan mereka. Kalau nak di ikutka kutu itu ada potensi untuk melompat keluar..potensi yg besar.

Terjadi pada manusia...pd mulanya mereka mempunyai impian yg besar utk digapai, ingin memiliki rumah yg besar, rumah berswiming pool, kereta besar dan mahal..mempunyai keluarga yg bahagia, isteri yg solehah suami yg mithali n hensem seperti saya...hehehehe...dushhh!..dushh!...

Tapi......disebabkan 'halangan', akhirnya mereka berputus asa. Kegagalan demi kegagalan yg mereka hadapi menyebabkan mereka berputus asa dengan bayangan halangan ciptaan mereka. Padahal asalnya mereka mempunyai potensi besar untuk menjadi orang yang hebat!!!

Takkan kita nak jadi macam kutu tu jadi kutu belahak lah kita...nak membuat kesimpulan macam kutu , memprogramkan mindanya bahawa potensinya hanya setakat itu sahaja...adoiii..yai....

Teringat kata Prof. Ir Shahul " minda/akal/fikiran manusia tiada batasannya hanya kita sahaja yg membatasinya"

Tepuk dada tanya...??????

Setkan minda utk HKL-40!!!!!

3 comments:

comeisari said...

jadi kutu rayau boleh....?????

Miss Mirror a.k.a Sam said...

mati KUTU aku dgn hujahan kau yg bernas ni BB.... HKL-40? Apa pulak tu?

bain said...

mei: nak jadi kutu rayau tak susah mei...tapi sama je taraf dengan kutu atas kepala, org tak nak tapi nak isap gak darah tu, dah tu degil pulak

Sam: Hidup Kaya Lepas 40....dah skrg ni kan kempen HCMB40...
Aku memotivasikan diri Sam...benda ni utk aku gak...