Thursday, July 30, 2009

TAZKIRAH JUMAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang me reka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalamsemua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Sunday, July 19, 2009

Sama tapi tak serupa

Ini adalah hasil kajian seseorang, yg saya adaptasi kan utk menjadi cerita dongeng iaitu cerita benar yg di tokok tambah..

Berhati2 lah bila nak menjawab atau membalas kata....

1. Kalau perempuan tanya:
Lawanye budak pompuan tu.....atau lawa ke budak perempuan tu ?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya:
You dah makan ke belum? / eh ari tu kan kawan i makan kat situ makanan dia sedap2 tau...
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata:
Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Tak faham bahasa ke! Belikanlah untuk I!!!!!.

4. Kalau perempuan kata:
Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata:
I suka berkawan dengan U tapi tak lebih dari itu...
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

hati2 perkataan hampir sama tapi maksud tak sama!!!

7.Kalau perempuan kata:
I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya:
You pernah tak teringatkan awek2 you yang dulu2?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata:
I sanggup berkorban demi kebahagiaan you berdua.....huk..huk..huk..
Makna tersembunyi: Amboi! Apa hal plak aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq seronok aku yg merana!!!!!

10.Kalau perempuan kata:
I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. Wakakakakaka....hati2 nanti ada yg follow.....

Adussss.........

Tuesday, July 7, 2009

Kisah kesusahan yg benar

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss... .

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah.
Ramli berkahwin dengan Ramlah danJamilah adalah anak tiri Ramli.
Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya.
Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.

selang beberapa bulan kemudian.,......

Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul.
Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli.
Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah.
Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah.
Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya.

Itu tak seberapa lagi....

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee.
Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee.
Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli,
Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...

muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindirik naik fening menterjemahkan semua nih..bengang sehhh... !!

moral: bukanya susah nak jadi senang dan bukanya susah nak jd susah. Tepuk dada tanya akal

Sunday, June 21, 2009

Mengingat Kembali Rakan Hingusan



Salam semua, pada pagi minggu yg agak merehatkan ini saya melihat gambar rakan hingusan. saya suruh anak2 saya meneka mana ayah dia dalam gambar tu, anak2 saya dapat meneka dengan tepat mana saya.

Tiba2 isteri saya bertanya ingat lg tak nama2 teman yg adadlm gambar tu? Alamak saya cuba2 ingat tapi saya tak berapa ingat lah.

Ini nama2 yg saya ingat, tlg tambah/betulkan yer..harap dpt kerjasama dr rakan2 hingusan

Berdiri belakang dari kiri
Solikin b Suhaimi, Shahrudin b Kariman, Mohd Taha b Ijab, Rosman b ----, Sazali b Kasni, Roslizam b ----, Ahmad Nasarudin b Rosni (betul ke?), Yap Kim Ho, Arbain b Misiran, Zainal Abidin b Jailani, tak ingat, Mahmud b Marsim, tak ingat, Mohd Gazali b Talib.

Berdiri tengah dari kiri
Zaitun bt Ngadimin, Rosnazilah bt Kamsin, Norlia bt Salleh, Sarinah bt Samsuri, Zanariah bt Buari, tak ingat, Tan Moy Hoi, tak ingat, tak ingat, tak ingat, tak ingat, tak ingat, Endang

Duduk dari kiri

Azman b Katimin, Hamidon b Mahfoz, Tok, Mohd Razif b Latif, guru disiplin, guru inggeris, guru besar, guru penolong kanan, Rajimah bt Esa, Samiton bt Sodoni (sopan minah nih), Suhaila bt Muhammad Philip

Tlg ye kwn2 sbb saya nak framekan gambar ni dan nak letak nama2 kengkawan



Tuesday, June 9, 2009

Cuti Sekolah - Saat Yang Paling Indah

Teringat zaman sekolah mase dulu2 waktu belum akil baligh lagi..sape tak suke bile time cuti sekolah tul tak??? Time ni la boleh bangun lambat tp subuh kena bgn skejap la klau tak kena simbah air la jawabnye..waktu malam boleh lepak simpang sampai pagi layan 'gitu2'...keje rumah cikgu bg letak tepi last minit br buat mane yg sempat..petang2 kdg gi mancing atau godak parit..bab ni cikli master la..lastik burung pun satu aktiviti yg aku buat,kadang main gasing ngan kawan2..klau setakat cuti seminggu dua memang tak cukup!

Bagi yg rajin aku tengok diaorang ambik upah noreh atau nyawit. Ade gak kawan2 aku yg ambik upah baja atau mancah kebun org..poyo kot yg rajin turun kebun hehehe...aku plak tak reti noreh so aku ambik upah ngarit rumput je la dpt la upah sikit2 lepas wat beli rokok hehehe...


Itu dulu..zaman sekarang klau cuti sekolah mak bapak sibuk plan nak gi jln2 bawak anak2..bagi aku tu bagus nak elak dr benda2 negatif tu dr berlaku..cuti sekolah ni aku plan bawak diaorg jln dekat2 aje..bagi aku jauh atau dekat tak kisah asal kiter dpt gunakan mase berkualiti tu sebaik mungkin.Time ni la kita bleh refresh balik lepas bercuti. Aku pulak suker layan ngan beli buku2 cerita tp aku tengok diaorg x berape minat sgt..tp takpe mungkin dia belum faham lagi..


Kesimpulannya gunakan peluang cuti sekolah ini sebaik mungkin supaya anak anda rasa dihargai...

Tuesday, April 21, 2009

DIRIMU? KENALKAH KAMU?

“Tidak ada cara ber-taqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku sukai selain melaksanakan kewajiban-kewajiban yang telah Aku fardhu-kan kepadanya. Namun hamba-Ku itu terus berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan (sunnah) nawafil, sehingga Aku pun mencintainya. Apabila ia telah Aku cintai, Aku menjadi pendengarannya yang dengan Aku ia mendengar, (Aku menjadi) pengelihatannya yang dengan Aku ia melihat, (Aku menjadi) tangannya yang dengan Aku ia keras memukul, dan (Aku menjadi) kakinya yang dengan Aku ia berjalan. Jika ia memohon kepada-Ku, sungguh, akan Aku beri dia, dan jika ia memohon perlindungan-Ku, Aku benar-benar akan melindunginya.” (Hadits Qudsi riwayat Bukhari).


Perbualan yg perlu di fahami


“Siapa di situ?” “Saya, Tuan.”

“Siapa kamu?” “Bain, Tuan.”

“Apakah itu namamu?” “Benar, Tuan.”

“Aku tidak bertanya namamu. Aku bertanya siapa kamu.” “Eh, saya anak Misiran, Tuan.”

“Aku tidak bertanya kamu anak siapa. Aku bertanya siapa kamu.” “Saya seorang peniaga, Tuan.”

“Aku tidak menanyakan pekerjaanmu. Aku bertanya: siapa kamu?”


Termenung sebentar lalu Bain menjawab


“Saya seorang Muslim, pengikut Rasulullah SAW.” “Aku tidak menanyakan agamamu. Aku bertanya siapa kamu.”

“Saya ini manusia, Tuan. Saya setiap Jumaat pergi solat jumaat ke masjid dan saya pernah kasih sedekah. Setiap lebaran, saya juga berpuasa dan bayar zakat.”

“Aku tidak menanyakan jenismu, atau perbuatanmu. Aku bertanya siapa kamu.”


Akhirnya orang ini bertanya pada dirinya sendiri: siapa dirinya yang sebenarnya???.

Cuba fikir, adakah kita faham siapa kita, tradisi lazimnya mengklasifikasika sesuatu terhadap diri kita: nama, profesion, title, jenis kelamin, warna kulit, rambut dan sebagainya. Kita melabelkan diri kita dengan sesuatu itu, kita pun selesa dengan label itu, lalu merasa bahawa label itulah diri kita. Fikirkanlah apakah ‘aku’ sama dengan ‘tubuhku’?

Diri itu tersusun dari bentuk-bentuk lahir yang disebut badan atau jasad dan bentuk-bentuk batin yang disebut qalbu atau jiwa. Yang dimaksudkan dengan Qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang dikatakan hati ataupun jantung. Tetapi dialah Roh suci dan berpengaruh di dalam tubuh dan dialah yang mengatur jasmani dan segenap anggota badan. Dialah Hakikat Insan Allah yang dinamakan diri yang sebenarnya diri. Dialah yang bertanggung jawab dan dialah yang dipuji atau diseksa oleh Allah SWT. Rangka jasad adalah bukti Kekuasaan dan KebijaksanaanNya dan penuh dengan berbagai-bagai alat kelengkapan yang dibuatNya sebagai tanda Kasih Sayang-Nya, pada keperluan hidup manusia, maka oleh kerana itu manusia akan mengetahui bahawa Allah itu ''ADA''. Oleh itu dengan penelitian dan pengenalan diri sendiri akan menjadi kunci bagi pengenalan Allah.


Tapi seberapa susahnya sebenarnya mengenal diri itu? Berapa pentingnya kah hal itu sehingga boleh menghantarkan seseorang pada suatu pengenalan yang sungguh agung, sesuatu yang dicita-citakan oleh siapa saja yang percaya, pengenalan akan Tuhan? Bukankah yang disebut “saya” ini ya saya, ya yang ini? Tidakkah kita semua tahu dan kenal diri kita sendiri?

Knowing others is wisdom
Knowing the self is enlightenment.
Mastering others requires force
Mastering the self requires strength.

- Tao Te Ching

Lu fikirlah sendiri!


Di petik dari beberapa blog, artikel dan buku


Tuesday, March 24, 2009

'TUA' JADI MUDA

Alhamdulilah, walaupun diriku tak dapat menghadirkan diri pada perjumpaan yang telah di rancang sejak dari tahun lepas, tapi aku berasa seolah-olah aku berada di situ juga cuma jasad ku saja yang tak sampai tetapi hatiku berada di tempat pertemuan.

Sewaktu ku menalipon Cikli dan poyo sempat gak saya berbual-bual dengan OC, cuma rasidah kata dia segan. Dalam masa perbualan tu saya seolah-olah berada pada tahun 86, 87, 88, 89 dan semestinya 1990 tahun kegemilangan zaman persekolahan. Dari nada perbualan mereka saya dapat rasakan meraka menjadi muda belia kembali, cuma bernasib baik mereka membawa anak dan isteri mereka...kalau tak entah2 tak ingat kot dah ada anak isteri.

Saya rasa amat gembira kerana dari pertemuan itu mereka merancang untuk mengadakan pertemuan sekali lagi (dengar2 nya nak buat GRAND gitu).

Harap2 silaturahim ni tidak akan terputus sampai ke akhir hayat. Saya membayangkan alangkah baiknya kalau kita boleh menubuhkan satu yayasan khas untuk kebajikan ahli2 nya dari pioneer ke keturunan mereka, contohnya kebajikan kalau ada kemalangan, anak melanjutkan pelajaran dan sebagainya lah. nampak macam mustahil tapi kalau di usahakan insyaALLAH berjaya. Dalam group kita ni, masing2 ada kepakaran mereka sendiri dari setiausaha, peniaga, ahli perniagaan, kontraktor, pakar IT, pengurus (harap pengemuk tak de) dan mcm2 lagi lah. rasa kalau nak dapat funder tak de masaalah kan...

YAYASAN SERI MEDAN......Mimpi akan jadi kenyataan

p/s: Kawan saya Ir Mahinder Singh telah menubuhkan yayasan untuk kebajikan anak2 ahli. Mereka telah berjaya menaja seramai 10 anak2 untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah. Usia yayasan baru setahun jagung.